Rasional PRS-IPG
- prsdrajang
- Apr 17, 2016
- 1 min read
Kajian luar telah menunjukkan bahawa kaunseling rakan sebaya telah berjaya meningkatkan konsep kendiri seseorang. Hal ini kerana seseorang lebih suka membincangkan masalah peribadi dengan rakan sebaya. Hubungan membantu berdasarkan empati, hormat menghormati dan penerimaan positif yang dilatih dalam modul ini mampu menentukan kepuasan rakan sebaya yang dibantu.
Pendekatan dari rakan membantu rakan dilihat sebagai unjuran khidmat sokongan yang dekat dengan jiwa pelajar. Pemahaman konsep rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan memahami memudahkan berlakunya perkongsian ilmu dalam menangani sesuatu masalah dalam kalangan rakan siswa.
Untuk melengkapkan pengetahuan dari rakan membantu rakan, maka PRS perlu diberi latihan supaya perkhidmatan yang dihulurkan lebih berkesan. Maka satu modul latihan telah dibentuk oleh Jawatankuasa Pembina Modul PRS-IPG untuk dijadikan panduan dalam melatih rakan siwa sebagai Pembimbing Rakan Sebaya.
Comments