Kursus Asas Program Pembimbing Rakan Siswa Pendidik (PRSd)
- prsdrajang
- May 2, 2016
- 5 min read
TARIKH/HARI : 15 – 17 April 2016 (Jumaat – Ahad)
MASA : 9.00 malam (Jumaat) – 2:30 petang (Ahad)
TEMPAT : Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
ANJURAN : IPGM dan 1 Malaysia For Youth (1M4U)
PENGENALAN
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk melatih pelajar yang mengikut program ini untuk menjadi seorang mahir dalam bidang psikologi dan kaunseling. Selain itu, program ini juga banyak membantu dalam pembentukan sahsiah diri seorang individu yang bakal bergelar guru untuk mempunyai ciri-ciri insan yang penyayang, berakhlak mulia, mesra dan bertanggungjawab selain daripada membentuk jati diri yang kukuh.
OBJEKTIF
Melatih individu yang menyertai program ini dalam bidang perhubungan agar menjadi seorang pendengar yang setia semasa memberikan khidmat bantuan kaunseling kepada klien.
Melatih para peserta program bagaimana untuk menjadi seorang kaunselor yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan memahami.
MAKLUMAT PROGRAM / AKTIVITI
Program ini telah ditaja khas oleh pihak 1Malaysia For Youth (1M4U). Terdapat enam slot pengisian sepanjang program ini dijalankan. Kesemua slot ini diadakan dalam Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).
1. Pendaftaran dan Taklimat Kem
Tarikh : 15 April 2016
Masa : 5.30 petang – 6.30 petang
Tempat : Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Semua peserta yang telah sampai dikehendaki untuk mendaftarkan diri Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan. Disebabkan kami dan peserta daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri sampai agak lewat, kami tidak sempat untuk mengikuti sesi ini.
2. Ice Breaking
Tarikh : 15 April 2016
Masa : 8.30 petang – 10.30 malam
Tempat : Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Sesi ice breaking ini telah dikendalikan oleh Encik Omar Ali Kua selaku Kem Komandan. Kami tiba di tempat itu semasa sesi itu hampir tamat. Kami telah disuruh untuk duduk mengikut IPG masing-masing. Sesi tersebut berakhir kira-kira hampir pukul 11.00 malam agar semua peserta mendapat rehat yang cukup untuk aktiviti pada hari seterusnya.
3. Sesi Moral/Tazkirah
Tarikh : 16 April 2016
Masa : 6.15 pagi – 7.00 pagi
Tempat : Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)/Masjid
Pelajar Muslim diarahkan untuk menyertai tazkirah di masjid manakala yang bukan Muslim pula diwajibkan mengikuti sesi moral. Sesi moral ini dikendalikan oleh Encik James Valley. Pengisian beliau ialah mengenai nilai-nilai moral yang telah dipelajari sewaktu masih sekolah dahulu. Beliau menerangkan pentingnya menerapkan nilai-nilai murni tersebut dalam kehidupan seharian terutamanya sebagai seorang ahli PRSd.
4. Senaman Pagi
Tarikh : 16 April 2016
Masa : 7.00 pagi – 7.30 pagi
Tempat : Foyer Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
Aktiviti senamrobik ini telah diketuai oleh ahli PRSd daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang itu sendiri. Mereka juga turut menjemput beberapa peserta untuk menggantikan mereka mengetuai sesi senamrobik itu.
5. Slot Pertama (Etika PRS)
Tarikh : 16 April 2016
Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi
Tempat : Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Pengisian pada slot pertama adalah mengenai etika PRSd. Kami telah didedahkan apakah fungsi dan kegunaan untuk memiliki etika seorang ahli PRSd. Seterusnya, kami juga telah diberitahu apakah implikasi etika tersebut kepada individu dan masyarakat di sekitarnya. Seterusnya, kami juga diberi pendedahan mengenai tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang kaunselor terhadap klien.
6. Slot Kedua (Pendedahan Teori Kaunseling)
Tarikh : 16 April 2016
Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan
Slot ketiga ini dikendalikan oleh Encik Sebandi Le. Beliau telah memperkenalkan teori-teori yang penting dalam bidang kaunseling dan haruslah diketahui oleh seorang ahli PRSd. Beliau menjelaskan ciri-ciri penting dalam teori-teori tersebut dan bagaimanakah mengaplikasikan teori itu sebagai ahli PRSd. Beliau juga turut menjelaskan beberapa pendekatan dalam teori tersebut secara terperinci dengan memberikan beberapa contoh yang relevan.
7. Slot Ketiga (Kemahiran Asas Kaunseling)
Tarikh : 16 April 2016
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat : Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Slot keempat ini pula dikendalikan oleh Encik James Valley, Kaunselor dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri. Pengisian beliau adalah mengenai pengetahuan tentang kemahiran asas yang harus pada seseorang semasa memberikan sesi kaunseling. Seterusnya, beliau menyuruh kami untuk mencari pasangan masing-masing dan mengaplikasikan kemahiran asas tersebut dengan menceritakan permasalahan yang sedang dihadapi. Apabila seorang individu itu menceritakan masalah yang dia hadapi, yang seorang lagi haruslah setia mendengar. Kemudian, dua individu tersebut akan bersilih ganti. Setelah selesainya sesi berinteraksi tersebut, beliau menyuruh kami membentangkan apa yang telah dibincangkan. Setelah itu selesai, beliau juga menerangkan tentang kemahiran penstrukturan dan refleksi semasa sesi kaunseling hendak dijalankan. Beliau juga turut memilih beberapa wakil untuk membentangkan hasil diskusi mereka di hadapan.
8. Slot Keempat (Kemahiran Asas Komunikasi/Komunikasi Berkesan)
Tarikh : 16 April 2016
Masa : 8.30 petang – 10.30 malam
Tempat : Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Slot Keempat ini dikendalikan oleh Encik Hadeli. Pada awal sesi tersebut, beliau menjelaskan tentang kemahiran asas komunikasi dan bagaimanakah mengenalpasti sekiranya komunikasi tersebut berkesan. Setelah itu, beliau membuat satu sesi khas iaitu dengan bertanya kepada para peserta jika ada di antara mereka yang telah kehilangan ibu bapa dan telah mencapai kejayaan dalam peperiksaan awam seperti SPM. Tujuan sesi itu dijalankan adalah untuk mengajar tentag pentingnya mempunyai kekentalan hati dalam sesi kaunseling sebagai cara kerja yang professional. Di akhir sesi tersebut, beliau memberitahu rasionalnya sesi tersebut dijalankan adalah kerana seorang kaunselor haruslah mempunyai pandai mengawal emosinya ketika berhadapan dengan klien kerana kita tidak akan tahu bagaimanakah sikap klien yang bakal dihadapi.
9. Riadah
Tarikh : 16 April 2016
Masa : 4.30 petang – 5.30 petang
Tempat : Gelanggang futsal, gelanggang bola jaring, gelanggang bola tampar dan sekitar kawasan IPGKBL
Kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan (futsal, bola jaring, bola tampar, lain-lain). Kesemua kumpulan itu bermain di kawasan masing-masing mengikut sukan yang telah dipilih manakala kumpulan yang memilih opsyen lain-lain telah diarahkan meronda sekitar kawasan IPGKBL. Semua orang menunjukkan semangat juang yang tinggi dan saling memberikan kerjasama antara ahli pasukan.
10. Sesi Moral/Tazkirah
Tarikh : 16 April 2016
Masa : 6.15 pagi – 7.00 pagi
Tempat : Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)/Masjid
Seperti biasa, pelajar Muslim diwajibkan mengikuti sesi tazkirah di masjid manakala yang bukan Muslim pula mengikuti sesi moral. Untuk sesi moral yang kedua ini, kami telah ditayangkan slaid yang mengandungi contoh-contoh kata motivasi atau kata semangat. Tujuan utama beliau adalah agar kami memperoleh motivasi untuk melakukan sesuatu dengan membaca kata-kata semangat tersebut.
11. Slot Kelima (Kesukarelawanan)
Tarikh : 17 April 2016
Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi
Tempat : Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Slot ini merupakan pengisian daripada pihak penaja program Pembimbing Rakan Siswa Pendidik (PRSd) iaitu 1Malaysia For Youth (1M4U). Mereka memberikan taklimat dan mempamerkan contoh-contoh aktiviti yang dijalankan oleh sukarelawan 1M4U sepanjang tahun ini dan tahun sebelumnya.
9. Slot Keenam (Kesukarelawanan)
Tarikh : 17 April 2016
Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Slot terakhir ini masih pengisian daripada pihak 1M4U. Untuk slot kedua daripada pihak 1M4U, setiap kumpulan ditugaskan untuk memikirkan contoh aktiviti sukarelawan dengan mementingkan unsur inovasi dan elakkan unsur-unsur gotong-royong. Semua kumpulan dikehendaki untuk meletakkan isi-isi penting semasa pembentangan mereka seperti nama program, objektif, matlamat, tentatif, anggaran perbelanjaan dan sebagainya. Kumpulan ketujuh dengan tajuk mereka ‘Inovasi Pertanian Tradisional’ telah memenangi pertandingan tersebut kerana unsur inovasi yang sangat jelas jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Sedikit cenderamata turut diberikan oleh pihak 1M4U kepada para pemenang.
Hari Pertama – Jumaat, 15 April 2016
(i) Pendaftaran di Kem Komandan



Hari Kedua – Sabtu, 16 April 2016
ii) Aktiviti Senamrobik


iii) Sesi “Ice-breaking”


iv) Aktiviti Riadah


Hari Ketiga – Ahad, 17 April 2016
v) Kesukarelawanan bersama 1M4U


vi) Kesukarelawanan bersama 1M4U – Pembentangan Kumpulan


vii) Pemberian Cenderamata kepada pihak 1M4U


vii) Sesi Fotografi


Comments